Syed Saddiq pun pernah sambut katak politik

Syed Saddiq pun pernah sambut katak politik

Penampilan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam video muzik lagu terbaru penyanyi rap kontroversi Namewee bertajuk ‘Katak’ mengundang kritikan daripada aktivis.

Aktivis hak asasi manusia Ng Yap Hwa menyorot bahawa Syed Saddiq pernah secara terbuka menyambut “katak politik” untuk menyertai Bersatu, parti yang dianggotainya ketika itu.

Ng merujuk kepada ciapan Twitter Syed Saddiq satu ketika dulu ketika mengalu-alukan Ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamed yang menyertai Bersatu pada Oktober 2018.

Ng menambah bahawa Syed Saddiq juga tidak pernah membantah bekas partinya itu dari menerima ahli parlimen yang melompat daripada Umno semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Pada asasnya dia tidak pernah menentang katak politik ketika bersama Bersatu, dan kini dia buat kameo dalam sebuah lagu yang menghentam wakil rakyat lompat parti. Sungguh ironis,” katanya kepada Malaysiakini.

Pada masa yang sama, Ng mengkritik bahawa terdapat ramai ahli politik seperti Syed Saddiq, yang mempunyai pendirian dan pemikiran yang berbeza apabila kedudukan mereka ditukar.

Kata Ng, pemimpin PH juga menerima “pengkhianat” daripada Umno semasa gabungan itu memerintah, tetapi kini mereka adalah pengkritik paling kuat terhadap tindakan lompat parti.

“Kita mengalu-alukan rang undang-undang antilompat parti walaupun ia tidak sempurna.

“Tetapi pada masa yang sama, kita juga perlu mengkaji semula perbuatan ahli politik terutamanya apabila semua orang menaruh harapan tinggi kepada generasi muda seperti Syed Saddiq dan parti Muda, kita tidak boleh selektif mengabaikan tindakan politik kontroversi mereka pada masa lalu,” tambahnya.

Sementara itu, Ng juga menegaskan bahawa Syed Saddiq juga didakwa atas empat pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram namun masih dipaparkan dalam video muzik Namewee.

“Apakah jenis mesej yang dia (Namewee) cuba sampaikan?

“Bekas perdana menteri Najib Razak juga menghadapi tuduhan rasuah. Adakah Najib akan dipaparkan dalam video muzik itu juga jika dia mempunyai pendirian politik yang sama seperti Namewee?” soal Ng.

Ng juga menggesa Syed Saddiq bercuti dan menarik diri daripada jawatannya dalam parti sehingga namanya dibersihkan oleh mahkamah.

MK telah menghubungi Syed Saddiq dan Namewee Studio Production untuk maklum balas lanjut.

Video muzik untuk lagu itu, ‘Katak’ mula ditayangkan di akaun YouTube Namewee pada 12 Ogos dan ia turut menampilkan kumpulan rap tempatan 5Forty2 dan The Real Masta Clan.

Dalam kredit video muzik itu, antara lain, Syed Saddiq tampil menyampaikan ucapan sindiran mengenai ‘katak politik’.

Ketika laporan ini ditulis, klip video itu telah mendapat lebih satu juta tontonan dan dan 32,000 tanda suka. Mk

Syed Saddiq pun pernah sambut katak politik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker