Malaysia Airlines wajibkan penumpang guna topeng

KORONAVIRUS | Semua penumpang Malaysia Airlines kini dikehendaki membawa dan memakai penutup hidung dan mulut sendiri berkuat kuasa 23 April ini dan ia mesti dipakai semasa mendaftar masuk, menaiki kapal terbang, dalam kabin pesawat udara, mengeluarkan dan mengambil bagi mengurangkan penularan Covid-19.

Keperluan itu terpakai kepada semua penumpang – kecuali bayi – yang melakukan perjalanan dalam semua penerbangan domestik, antarabangsa dan sewa khas Malaysia Airlines.

Kenyataan yang dikeluarkan hari ini juga menjelaskan langkah itu diambil bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan setiap penumpang dan petugas syarikat penerbangan terbabit.

“Malaysia Airlines tidak akan menerima penumpang yang tidak mempunyai atau memakai penutup hidung dan mulut semasa mendaftar masuk dan menaiki pesawat.

“Bagi keselesaan penumpang, terutamanya dalam penerbangan jarak jauh, anda dinasihatkan untuk membawa penutup hidung dan mulut tambahan serta cecair pembasmi kuman untuk kegunaan sendiri,” katanya.

Penumpang turut diingatkan untuk menghormati ruang peribadi orang lain dan memberi perhatian kepada penjarakan sosial jika diperlukan, serta mematuhi langkah-langkah keselamatan lain dalam proses sebelum berlepas dan ketibaan untuk memastikan anda mendapat perjalanan yang selamat.

– Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker