Terima bot Rohingya hanya undang masalah lebih besar – Tok Mat

Share

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, jika kerajaan membenarkan bot membawa pelarian menghampiri sempadan Malaysia, lebih banyak kejadian seumpama itu akan berlaku.

Katanya ketika ini jumlah pelarian Rohingya di Malaysia dianggarkan ada kira-kira 150,000 orang.

“Menerima Rohingya pada waktu seperti ini akan membuka lebih banyak pintu buat warga asing dan bot untuk mendekati sempadan Malaysia dan oleh itu menghalang usaha kerajaan untuk memerangi Covid-19.


“Malaysia, sebelum ini menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan tujuan – antara lain – melarang warga asing dan bot masuk ke negara ini,” katanya seperti dipetik The Star.

Mohamad berkata negara telah melampaui kemampuan yang ada untuk menampung pelarian malah ada beberapa bahagian sudah menjadi terlalu padat dengan mereka.

Pada 16 April lalu pihak berkuasa Malaysia menyekat 200 orang pelarian Rohingya yang cuba memasuki negara secara haram menggunakan sebuah bot.


Mereka dikesan kira-kira 70 batu nautika di sebelah barat Pulau Langkawi.

Kru kapal KD Lekiu Tentera Laut Diraja Malaysia bagaimanapun mengedarkan makanan kepada mereka sebelum mengawal bot berkenaan keluar dari perairan negara.

Tindakan Malaysia kemudian mendapat kritikan daripada badan hak asasi manusia.


Amnesty International, misalnya, berkata perang melawan Covid-19 bukanlah alasan bagi kerajaan membiarkan laut mereka menjadi kubur bagi pelarian Rohingya.

Mencadangkan agar fokus diberikan kepada penyelesaian isu berkenaan, Mohamad berkata, Asean harus memulakan perbincangan dengan Myanmar untuk membolehkan pelarian Rohingya kembali dan hidup dengan aman di Rakhine.

“Selagi situasi ini berterusan, Rohingya akan terus berada dalam keadaan (dipinggirkan) selagi perkara asas masalah ini tidak ditangani,” katanya.

Mkini

One thought on “Terima bot Rohingya hanya undang masalah lebih besar – Tok Mat

  • April 21, 2020 at 09:10
    Permalink

    Mengetahui bahawa Pasukan Tentera Laut Malaysia telah memberi bekalan makanan kepada pelarian dalam bot tersebut sebelum mengiringinya keluar dari perairan negara telah melembutkan banyak hati rakyat yang bersimpati dengan nasib pelarian tersebut. Memang benar kenyataan Tok Mat tentang implikasi membenarkan bot tersebut mendarat di negara ini, iaitu memberi gambaran yang Malaysia membuka ruang untuk lebih ramai pelarian masuk ke negara ini, sedangkan jumlah yang sedia ada pun sudah padat. Ini tidak termasuk ratusan ribu atau mungkin berjuta pelancung China dan India yang “lesap” setelah memasuki negara ini. Negara atau pertubuhan2 hak asasi dll yang sibuk mengkritik tindakan Malaysia itu cuma pandai bersuara, tetapi tidak pernah pun mau bertindak menyelesaikan masaalah tersebut di puncanya iaitu mendesak kerajaan zalim Mynmar menghentikan pembunuhan beramai2 kaum Rohingya dan membenarkan mereka pulang ke kampung halaman tanpa dizalimi. Oleh itu, pembangkang2 seperti Khalid Samad janganlah jadi pelawak konon sedih sangat dengan peristiwa tersebut, sedangkan mulutnya seperti dizip oleh DAP untuk bercakap tentang ratusan ribu rkayat China yang lesap di P Pinang dan beberapa bandar besar di negara ini !!

    Reply

Leave a Reply