KKM jangka kes baru Covid-19 capai 1 angka minggu depan

Share

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangka negara boleh mencapai 1 angka bagi kes baru jangkitan Covid-19 dalam tempoh 1 minggu.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, rakyat Malaysia perlu meneruskan “kebiasaan baru” seperti yang mereka lakukan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) fasa 1 dan 2 sebelum ini.

“Kalau kita tidak teruskan PKP, nasihat kita adalah supaya masyarakat terus tinggal di rumah kecuali benar-benar perlu keluar,” katanya dalam sidang media harian mengenai Covid-19 di sini, hari ini.


Mengulas perkembangan terkini kawasan yang diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Selayang, beliau berkata, sehingga kini, 28 kes positif Covid-19 dengan 1 kematian direkodkan di situ.

Beliau bagaimanapun tidak memnyebut sama ada mangsa melibatkan warganegara tempatan atau warga asing.

Terdahulu Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur PKPD bermula hari ini sehingga 3 Mei, melibatkan 8 parcel.


Ia merupakan kawasan ke-3 di Kuala Kumpur dikenakan sekatan itu selepas Menara City One di Jalan Dang Wangi, dan Selangor Mansion dan Malayan Mansion.

Noor Hisham juga berkata, KKM tidak terlibat dalam membuat keputusan untuk membenarkan pasar borong di kawasan itu beroperasi ataupun tidak.

Beliau berkata, ia tertakluk arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Mengulas lanjut, beliau berkata, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menjangkakan perang menentang virus Covid-19 akan berlanjutan sehingga tahun hadapan.

Katanya, KKM tidak boleh menghapuskan jangkitan itu, namun berusaha untuk menurunkan jangkitan dan penularannya dalam komuniti.

Justeru katanya, orang ramai harus memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan dengan sentiasa mematuhi peraturan PKP, mengamalkan tahap kebersihan yang optimum dan kerap mencuci tangan serta menjaga penjarakkan sosial yang selamat.

FMT

Leave a Reply