Covid-19 : 2 kematian dan 69 kes baru.

 

 

 



 

 

 

 



 

 

 

 



 

 

 

 



 

Sebanyak 201 kes jangkitan Covid-19 pulih dan dibenarkan discaj menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 2,967 yang sehingga kini mencecah 3,000 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 2 lagi korban baru jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 1 semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 86 orang.

Beliau juga berkata sebanyak 69 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini berbanding 110 kes semalam, menjadikan jumlah mangsa 5,251 orang sehingga kini.



Jumlah jangkitan baru sebanyak 69 hari ini antara yang terendah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berjumlah 51 orang.

“Daripada jumlah itu 26 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 2,198 yang masih dirawat.



FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker