Covid-19 : 3 kematian dan 184 kes baru.

Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 11.4.2020:

Kes dilaporkan: 184

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 4,530

Kes sembuh: 165

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 1,995

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 72

Kematian: 3

Jumlah keseluruhan kematian: 73

Hisham berkata, jumlah pesakit yang sembuh meningkat kepada 1,995 orang, susulan pertambahan 165 orang hari ini.

Beliau berkata, 224 kakitangan perubatan Kementerian Kesihatan turut dijangkiti virus itu, tetapi tiada kes yang berpunca daripada pengendalian pesakit di wad atau ICU Covid-19.

Katanya, 150 kes berpunca daripada komuniti luar, 41 kes ada kaitan dengan pesakit, termasuk 29 kes daripada pesakit Severe Acute Respiratory Infection, 9 daripada pesakit tidak diketahui status sebelum dirawat serta 3 daripada aktiviti saringan dan lain di lapangan, serta 33 masih dalam siasatan.

Beliau berkata, kematian ke-71 ialah lelaki berumur 66 tahun yang mempunyai rekod penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout.

Katanya, pesakit itu yang merupakan kontak rapat kes positif kluster perhimpunan Masjid Sri Petaling, meninggal dunia 12.05 tengah hari tadi di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan.

Beliau berkata, kematian ke-72 ialah lelaki berumur 71 tahun dengan rekod penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Katanya, pesakit berkenaan dirawat di Hospital Sungai Buloh sejak 15 Mac lalu dan meninggal dunia 11.15 pagi tadi, manakala kematian ke-73 membabitkan lelaki berusia 63 tahun dengan rekod penyakit darah tinggi.

Beliau berkata, pesakit itu dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh sejak 25 Mac lalu dan meninggal dunia 12 tengah hari tadi.

CPRC KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker