9 sektor tambahan perlu dapat kelulusan Miti sebelum mula operasi ketika PKP

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengingatkan semua syarikat dalam sektor tambahan yang dibenar meneruskan operasi supaya mendapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan mereka.

Miti berkata, semua syarikat terbabit perlu membuat permohonan secara atas talian di www.miti.gov.my bermula 9 pagi 13 April ini.

“Syarikat di dalam sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi hanya boleh memulakan perniagaan selepas kelulusan diberi oleh Miti,” kata kementerian itu dalam catatan di Facebook hari ini.

Semalam, kerajaan mengumumkan 9 sektor ekonomi tambahan dibenarkan beroperasi di bawah syarat ketat ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilanjutkan 2 minggu lagi sehingga 28 April ini.

Sektor itu termasuk kedai perkakasan, barangan elektrik dan elektronik, cermin mata, industri mesin dan peralatan, aeroangkasa serta industri automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

Salun dan kedai gunting rambut hanya boleh menawarkan perkhidmatan menggunting rambut, dan hanya kedai dobi perkhidmatan penuh boleh beroperasi, bukannya kedai dobi layan diri.

Sektor lain ialah perkhidmatan sains, profesional dan teknikal, termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada perkhidmatan berkaitan guaman, perkhidmatan berkaitan minyak & gas, aktiviti R&D berkaitan Covid-19, makmal ujian bagi sektor dibenarkan beroperasi saja), perkhidmatan kesihatan sosial, termasuk perubatan tradisional berdaftar (hanya terhad kepada Perubatan Tradisional dan Komplemantari berdaftar atau pengamal TCM) serta projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan.

FMT

Terlalu leceh untuk 9 sektor mohon permit operasi, kata majikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker