Kita teliti kaedah terbaik hantar balik pelajar ‘terperangkap’ di kampus : Noraini

Share

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pulang pelajar yang masih berada di kampus ke rumah masing-masing susulan pengumuman lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya, Noraini Ahmad berkata beliau bersama KPT meneruskan perbincangan dan meneliti kaedah terbaik.

“Sebaiknya, saya mahu anak-anak pelajar bukan sahaja dapat pulang ke rumah tetapi pulang dalam keadaan sihat dan selamat,” katanya.

Noraini juga berkata perkara itu akan dibawa ke Mesyuarat Khas Menteri mengenai Covid-19 esok pagi.

Kerajaaan mengumumkan PKP dilanjutkan 14 hari lagi mulai 15 hingga 28 April, meneruskan usaha memerangi Covid-19 sehingga diatasi 100%, selepas negara melalui 2 fasa tempoh sekatan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kawalan sejak 18 Mac lepas menunjukkan kesan positif dalam mengawal penyebaran Covid-19, namun diteruskan ke fasa ke-3 atas nasihat Kementerian Kesihatan dan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi mengelak penularan semula wabak itu seperti yang berlaku di beberapa negara lain.

FMT

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!