Kedai perkakasan, gunting rambut, dobi boleh operasi ketika PKP

Sejumlah perkhidmatan, termasuk kedai perkakasan, elektronik dan gunting rambut kini boleh beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan yang akan memasuki fasa ke-3 di bawah syarat ketat.

Ini menyusul pengumuman Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang sektor terpilih dibenarkan beroperasi secara berperingkat dan berdasarkan prosedur operasi standard.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali mendedahkan sektor yang dibenarkan beroperasi dengan sesetengahnya hanya boleh menawarkan perkhidmatan terhad.

Bagi salun dan kedai gunting rambut, katanya, peniaga hanya boleh menawarkan perkhidmatan menggunting rambut.



Untuk sektor runcit, kedai perkakasan, barangan elektrik dan elektronik serta cermin mata dibenarkan beroperasi.

Hanya kedai dobi perkhidmatan penuh boleh beroperasi, bukannya kedai dobi layan diri.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker