Covid-19 : 3 kematian dan 118 kes baru.

Tiga kematian Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhannya 70 pesakit meninggal dunia akibat virus itu setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian terbaru itu membabitkan warganegara Malaysia berusia 62 hingga 88 tahun.

Katanya, mereka mempunyai rekod penyakit kronik seperti kencing manis dan sejarah kontak rapat dengan kes positif perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada akhir Februari lalu.

Beliau berkata, 69 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 40 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan 118 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes positif sebanyak 4,346 orang.

Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung pada 4 petang tadi, Muhyiddin berkata, 222 pesakit sudah pulih, menjadikan semuanya 1,830 dibenarkan keluar hospital, iaitu 42.11% daripada kes positif.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker