KKM akan kemuka ‘pilihan’ bagi bantu PM putuskan tempoh PKP

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencadangkan beberapa pilihan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya untuk membuat keputusan sama ada tempoh perintah pergerakan gerakan (PKP) perlu dilanjutkan.

Ketua Pengarah kementerian Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa kenaikan kes harian dalam keadaan terkawal.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa usaha menentang virus itu akan terus digiatkan.

“Tiada peningkatan eksponen (mendadak) dilihat dalam kes-kes kita.



“Walaupun kita belum memenangi perang ini, kita juga tidak kalah perang,” katanya.

Ditanya mengenai nasihat kementerian itu sama ada PKP perlu dilanjutkan atau tidak, Noor Hisham berkata beberapa “pilihan” akan diajukan kepada eksekutif.

“Kami telah melihat laporan awal tetapi kami masih memerlukan satu atau dua hari untuk menganalisis keseluruhan data.

“Dengan data yang ada, kementerian akan membuat cadangan […] beberapa pilihan boleh didapati dan keputusan itu terpulang kepada kabinet dan perdana menteri,” katanya.



Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker