Covid-19 :131 kes baru dan 1 kematian.

Share


Hanya 1 kematian dilaporkan hari ini, bilangan paling rendah dalam tempoh 24 jam sehingga kini, ketika bilangan pesakit Covid-19 yang pulih dan dibenarkan pulang mencapai rekod baru, 236 orang.

Perkembangan itu menjadikan keseluruhan mangsa yang meninggal dunia berkaitan wabak koronavirus itu 62 orang, manakala bilangan mereka yang sembuh 1,241 orang sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 131 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini berbanding 179 semalam, menjadikan jumlah mangsa 3,793 orang sehingga kini.

Sekarang ini, seramai 102 pesakit Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi.

“Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media hari ini.

FMT



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *