Industri insurans digesa longgar peraturan, tanggung kos saringan Covid-19

Share


Industri insurans perlu mempertimbangkan untuk membuat pembayaran balik kepada pesakit untuk ujian Covid-19, terutamanya bagi mereka yang menjalani rawatan dan prosedur di hospital swasta.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Dr Kuljit Singh berkata, pada masa ini syarikat insurans enggan memberikan pembayaran balik untuk ujian Covid-19 jika kemasukan ke hospital tidak berkaitan dengan pandemik itu.

“Hospital dan doktor bimbang jika ujian ini tidak dilindungi oleh insurans, akan terdapat potensi risiko kepada pesakit dan petugas penjagaan kesihatan.

“Kami merayu kepada industri insurans untuk mengambil perkara ini dengan serius untuk melindungi pelanggan mereka dan petugas penjagaan kesihatan.

“Kami berharap seperti industri lain, syarikat insurans akan memberi kelonggaran kepada beberapa norma mereka dari segi ujian Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kuljit berkata, pada masa ini, kos ujian Covid-19 antara RM300 dan RM600 di kebanyakan hospital swasta.

“Ia jumlah yang kecil, tetapi hasil yang berpotensi boleh menjadi penting,” katanya.

FMT



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *