“MKN Itu ‘War Room’lah”… Najib Bidas PH Suka Beretorik

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas cadangan ‘bernas’ pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) semalam.

Dalam satu kenyataan PH menggesa kerajaan mewujudkan ‘War Room’ untuk lawan penularan wabak COVID-19.

“Adoi! Itulah sebab kita ada MKN (Majlis Keselamatan Negara) sekarang yang memang pun bermesyuarat setiap hari.

“MKN itu ‘war room’lah! Tegas Najib dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru Ahli Parlimen Pekan itu menggesa PH agar berhenti daripada berterusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan media yang berasas retorik pada masa ini.

“Nanti rakyat membenci, korang keluarkan kenyataan untuk mengadu bahawa rakyat membenci pulak seperti apa yang Patriot buat hari itu,” sinisnya lagi.

Dalam statusnya itu, Najib turut melampirkan pautan daripada Facebook Dap dan juga PH mengenai kenyataan mereka tersebut.

1. https://www.facebook.com/DAPMalaysia/posts/10157996822799192

2. https://www.facebook.com/pakatanharapan.my/posts/1146644382352799

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker