Korban Covid-19 5 orang, 208 kes baru

Share

Seramai 5 pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan 50 orang sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan sebanyak 208 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini berbanding 142 semalam, menjadikan jumlah mangsa 3,116 orang sehingga kini.

Dalam pada itu, seramai 122 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 767 orang sehingga kini.

FMT

Berikut merupakan lima kes kematian terbaru:

Pesakit 2,909 (kematian ke-46)

Lelaki warga Malaysia berumur 37 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik dan rendah imuniti.

Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 28 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.10 malam, 31 Mac.

Pesakit 2,910 (kematian ke-47)

Lelaki warga Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout.

Beliau telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor pada 17 Mac dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7.10 malam, 29 Mac 2020.

Pesakit 2,572 (kematian ke-48)

Lelaki warga Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.01 pagi, 2 April.

Pesakit 1,273 (kematian ke-49)

Lelaki warga Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (kes ke-2,107).

Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.36 malam, 1 April.

Pesakit 1,767 (kematian ke-50)

Lelaki warga Malaysia berumur 69 tahun.

Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 22 Mac dan disahkan meninggal dunia pada pukul 2.20 petang, 2 April.

Leave a Reply