Polis bantuan bank berlagak samseng jalanan, tunjuk kad kuasa

Polis bantuan bank berlagak samseng jalanan, tunjuk kad kuasa

Seorang lelaki yang berlagak seperti samseng jalanan dan menunjukkan kad kuasa polis dalam video tular ialah anggota polis bantuan sebuah bank.

Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan video tular seminit 20 saat itu di Facebook yang memaparkan perselisihan faham dua pemandu kereta di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).

Katanya, hasil semakan mendapati satu laporan polis diterima anggota Balai Polis Setiawangsa Ahad lalu.

“Menurut mangsa, kejadian berlaku membabitkan sebuah Honda City yang dipandu secara berbahaya dan cuba mengganggu perjalanannya,” katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah berhubung video tular itu, dengan mendakwa mangsa mengganggu laluannya tanpa memberi isyarat sebelum mengubah arah.

“Sebab itu, suspek bertindak menunjukkan kad kuasa polis supaya mangsa berhenti. Semakan mendapati suspek adalah anggota polis bantuan sebuah bank.”

Katanya, kes diklasifikasikan Rujuk Kepada Majistret (RKM) dan akan merujuk agensi polis bantuan berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada IPD Wangsa Maju 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.” FMT

Polis bantuan bank berlagak samseng jalanan, tunjuk kad kuasa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker