Tunjukkan belas kasihan, pemimpin syarikat PKS gesa usahawan

Pemimpin sebuah kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menggesa usahawan menunjukkan perasaan belas kasihan dan tumpu kepada golongan yang bergelut semasa kawalan pergerakan, ketika pemimpin-pemimpin perniagaan mempersoalkan kekurangan pemberian untuk syarikat dalam pakej rangsangan ekonomi kerajaan.

Amanda Chong, ketua pegawai operasi di Far Capital Group, berkata perniagaan berkaitan hartanah itu yang mempunyai 70 kakitangan juga terkesan dengan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pada dasarnya, pendapatan kami hampir sifar,” kata Chong, yang catatannya di media sosial menggesa usahawan berhenti bersungut tentang pakej rangsangan dan jadi sebahagian daripada penyelesaian tular.

“Anda sudah menikmati keuntungan daripada perniagaan anda, beli anugerah, pandu Mercedes Benz atau BMw, rumah besar, berbelanja di luar negara dan beg LV dan jam tangan Rolex – sekarang masa untuk membayar balik!

Amanda Chong
“Anda tidak tawar berkongsi lebihan keuntungan dengan kerajaan (sebenarnya saya tahu ramai pemilik perniagaan yang ‘mengoptimumkan’ cukai dengan cara melampau), jadi kenapa sekarang harapkan kerajaan selamatkan kamu? Hanya rakyat, terutama komuniti B40, patut diselamatkan dan disokong kerajaan,” katanya.

Bercakap kepada FMT, Chong akui dia pun kebimbangan.

“Saya pun bimbang, semua orang bimbang, ini perkara yang mesti dalam perniagaan. Tetapi kita sebagai usahawan tak perlu burukkan lagi kebimbangan itu. Kita ini sepatutnya golongan yang paling pintar akal.

“Kalau kita tunjuk sikap negatif, bayangkan apa yang akan dirasai kakitangan kita? Mata pencarian mereka bergantung pada kita.”

Beliau menambah kerajaan mempunyai sumber yang terhad, dengan itu ia seharusnya untuk kebajikan rakyat, terutama mereka yang tiada pendapatan atau berpendapatan rendah.

“Bagi saya, ini bukan satu pertandingan,” katanya. “Ada kebimbangan lain yang lebih besar seperti pastikan ada makanan.

“Kita perlu tunjuk belas kasihan. Kita mesti tengok golongan paling lemah, kumpulan berpendapatan rendah.”

Chong juga menggesa usahawan supaya bersabar dan yakin, berikan masa kepada kerajaan semasa krisis yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Menurut laporan The Edge, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz bertemu pelbagai persatuan perniagaan untuk memahami keperluan mereka dengan lebih baik.

Presiden SME Malaysia, Michael Kang sebelum ini berkata tinjauan melibatkan 15,627 PKS mendapati kebanyakanya ada kebimbangan mengenai aliran tunai dengan hanya 1/3 ada cukup untuk bertahan sehingga April.

FMT

Related Articles

2 Comments

  1. Syabas dan Terima Kasih Amanda !! You are an inspiration to all. To those greedy business tycoons, if you cannot extend your hands helping, the least you can do is to shut up and start thinking about those who have nothing on their kitchen tables.

  2. Syabas serta setinggi tahniah Amanda !! Secara peribadi saya menyanjungi dan kagum dgn cara pemikiran serta pandangan anda yg begitu memahami stuasi serta solusi kpd golongan bawahan agar terbela dalam waktu menghadapi convid 19 ini.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker