Covid-19 di Malaysia: 2 lagi kematian, 142 kes baru

Dua lagi kematian yang mempunyai kaitan dengan jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan korban akibat virus itu di Malaysia sebanyak 45.

Setakat tengah hari tadi, sebanyak 142 kes jangkitan baru dilaporkan, yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak 2,908 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hariannya memaklumkan bahawa kedua-dua korban terbaru itu melibatkan warganegara Malaysia.

Kes kematian ke-44 adalah melibatkan wanita berumur 80 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung. Wanita itu meninggal dunia 4.30 pagi tadi.



Kes kematian ke-45 pula melibatkan lelaki berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi yang meninggal dunia pada pukul 1.46 malam tadi.

Kedua-dua kes kematian terbaru itu melibatkan kontak rapat pesakit positif Covid-19 lain.

Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker