Bursa jatuh : A.Kadir Jasin Tak Perlu Pesong Fakta

A.Kadir Jasin Tak Perlu Pesong Fakta, Bina Persepsi Semata-mata – Fadzmel

SAYA tengok ramai yang kongsi prestasi Bursa Malaysia kelmarin (Isnin) dan mengaitkannya dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan YAB PM pada hari Jumaat yang lepas.

2. Antaranya adalah Datuk Abdul Kadir Jasin (AKJ) yang memberi gambaran bahawa PRE tersebut tidak disambut baik oleh pasaran saham kerana indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI yang jatuh atau negatif kelmarin.

3. Sebagai seorang yang bijak & arif dalam pelbagai hal, saya pasti Datuk AKJ tidak memerlukan sebarang pil untuk tahu prestasi FBM KLCI sangat bergantung kepada prestasi saham global dan serantau.

4. Bila pasaran saham atau ekuiti seluruh dunia jatuh, FBM KLCI juga akan turut seiring jatuh – lebih-lebih lagi dalam keadaan pelabur-pelabur berjaga-jaga dengan krisis Covid-19 yang belum nampak penghujungnya ditambah lagi dengan harga komoditi seperti harga minyak mentah dunia yang masih didagangkan di bawah 30 dollar per barrel.

5. Saya semak hampir semua indeks saham negara lain di rantau Asia jatuh semalam, seperti di bawah:

– FTSE China A50 jatuh 0.55%

– Hang Seng (Hong Kong) jatuh 1.32%

– Jakarta Stock Exchange jatuh 2.88%

– Nikkei 225 (Jepun) jatuh 1.57%

– FTSE STI (Singapura) jatuh 4.45%

– SET Index (Thailand) jatuh 1.09%

– FBM KLCI pula jatuh 1.06%.

6. Jadi bolehlah saya simpulkan pasaran saham jatuh kelmarin bukan kerana pelabur tidak menyambut baik PRE yang diumumkan YAB PM tetapi kerana pasaran serantau juga jatuh.

7. Sahaja ingin saya ingatkan Datuk AKJ takut juga terlupa, selepas Tun Mahathir mengumumkan PRE berjumlah RM20 bilion pada 27 Februari 2020, keesokan harinya pasaran saham Malaysia juga jatuh sebanyak 1.52%.

8. Justeru, sebagai penasihat yang hebat kepada seorang bekas Perdana Menteri, adakah Datuk AKJ juga menganggap pelabur-pelabur tidak yakin dan tidak menerima PRE yang diumumkan Tun?

9. PRE yang diumumkan minggu lepas sudah mula nampak hasilnya. Semalam, FBM KLCI meningkat 1.66%, lebih tinggi daripada kejatuhan kelmarin. Mungkin dengan sokongan yang mampan, ditampung dengan prestasi luar kita mungkin berpeluang untuk menjadi lebih baik.

10. Saya yakin Tan Sri Muhyiddin dan pasukan ekonominya Tengku Zafrul, Tok Pa & seluruh anggota Kabinet/Kementerian berkaitan sedang bertungkus lumus bekerja setiap masa untuk memastikan ekonomi rakyat Malaysia tidak terlalu terkesan dengan wabak Covid-19 yang melanda sekarang.

11. Saya cuma berharap individu terhormat seperti Datuk AKJ tidak memesongkan fakta berlandaskan persepsi semata-mata untuk menidakkan usaha Kerajaan menangani krisis ini. Ini bukan masa untuk kita berpolitik, serkap jarang dan mengadu domba.

12. Saya pasti jika parti saya bukan berada di platform Kerajaan kini, kami tetap akan membantu barisan Kerajaan sedia ada dalam menempuhi dugaan dan mudarat yang amat besar ini.

13. Sama-sama lah kita bekerja dan berdoa krisis ini akan berlalu dan rakyat Malaysia boleh kembali meneruskan hidup mereka masing-masing seperti biasa. – UMNO ONLINE

Fadzmel Fadzil
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Related Articles

One Comment

  1. Kadir jasin haramjadah ni bila nak mampos
    ..hidup lama pun meyusahkan orang jer..puiii

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker