10 jalan di Subang Jaya ditutup, 5 sekatan didirikan

Share


Polis hari ini mengumumkan penutupan 10 jalan di Subang Jaya dan sekatan didirikan di 5 jalan raya, ketika negara memasuki fasa ke-2 perintah kawalan pergerakan hari ini.

Penutupan dan sekatan ini beroperasi 24 jam, menyaksikan kawalan di laluan keluar masuk utama dari lebuh raya di Subang Jaya, namun laluan alternatif disediakan.

Berikut 10 jalan yang ditutup:

1. Lebuh Raya Kesas ke Subang Jaya

Susur Lebuh Raya Kesas ke USJ 1
Susur Lebuh Raya Kesas ke Persiaran Subang USJ 1(Summit / Giant)
Susur Lebuh Raya Kesas ke Persiaran Kemajuan
2. Jalan Subang Kelana Link

Dari Subang Kelana Link ke Persiaran Kewajipan Subang Jaya
3. Lebuh Raya LDP ke Persiaran Kewajipan

Dari Hotel One City ke Persiaran Kewajipan
Susur Persiaran Klang ke Persiaran Kewajipan
4. Persiaran Tujuan

Persiaran Tujuan ke Lebuhraya Persekutuan
Susur dari Jalan Persiaran Kemajuan ke Lebuhraya Persekutuan
Susur masuk Lebuhraya Persekutuan dari arah Shah Alam ke Persiaran Tujuan
Susur masuk Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur ke Persiaran Tujuan
Berikut sekatan di 5 jalan raya:

Plaza Tol Seafield USJ, Subang Jaya
Jalan Subang Utama ke Lebuhraya NPE
Plaza Tol Puchong Selatan, Batu 14, Puchong
Plaza Tol PJS 7 Lebuhraya LDP Arah Selatan
Plaza Tol Putra Heights – Elite
Pengguna jalan raya yang ingin keluar dari Subang Jaya boleh melalui laluan alternatif di 5 lokasi.

Penduduk di sekitar SS12 hingga SS19 boleh menggunakan laluan Jalan Persiaran Kemajuan ke Subang Kelana Link dan Jalan Persiaran Tujuan atau Persiaran Kewajipan ke LDP.

Penduduk di sekitar USJ1 hingga USJ22 boleh menggunakan laluan Persiaran Kewajipan atau Jalan Persiaran Tujuan atau Subang Kelana Link atau LDP atau Lebuhraya Persekutuan.

Penduduk di sekitar Bandar Sunway boleh menggunakan laluan Lebuhraya LDP atau Lebuhraya NPE.

Penduduk di sekitar Putra Heights boleh menggunakan laluan Persiaran Harmoni ke LDP.

Penduduk di sekitar Bukit Puchong boleh menggunakan laluan Lebuhraya LDP.

“Orang ramai boleh membuat sebarang pertanyaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan di talian Hotline COVID-19 Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7107 / 7108,” kata Ketua Polis Subang Jaya, Risikin Satiman dalam kenyataan hari ini.

FMT

(Visited 6 times, 1 visits today)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *