Kerajaan tetap harga siling topeng RM1.50 seunit, kata Ismail Sabri

Share

Kerajaan hari ini mengumumkan harga siling topeng sebanyak RM.150 seunit, berbanding harga sebelum ini yang lebih tinggi.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata, harga baru itu turut dipersetujui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan mengambil kira kos pembekal luar negara.

“Kita telah bincang dan kita dapati topeng tidak banyak dikeluarkan dalam negara, tetapi diimport dari negara luar, kita terikat dengan harga di negara yang kita import.

“Mesyuarat bersetuju harga siling topeng adalah RM1.50 sekeping, iaitu RM0.50 sen lebih murah daripada harga awal yang diumumkan, iaitu RM2,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat harian menteri-menteri dan pihak terlibat dalam mendepani Covid-19 di Perdana Putra di sini.

FMT

Leave a Reply