Larang NGO edar makanan kerana bimbang ancaman kesihatan, kata Putrajaya

Kerajaan hari ini berkata, ia mengambil sikap berhati-hati untuk tidak membenarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengedar bantuan kepada golongan yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana tertakluk kepada peraturan pencegahan atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Ini susulan rayuan beberapa NGO supaya kerajaan membenarkan mereka terus mengagihkan bantuan sedemikian, termasuk bantuan makanan.

“Kerajaan sangat berterima kasih kepada NGO yang tampil ke depan untuk membantu rakyat,” kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

“Kita mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan. Kita mahu melindungi NGO. Kita tidak tahu orang yang diberi bantuan itu dijangkiti. Kita bimbang jika mereka dijangkiti, mereka akan menjangkiti keluarga masing-masing pula.”



Ismail berkata, beliau berharap pertubuhan terbabit akan memahami rasional di sebalik arahan melarang bantuan makanan melalui saluran bukan kerajaan, dengan menambah bahawa pihak berkuasa akan menimbangkan kaedah terbaik bagi menyalurkan makanan dan bantuan lain.

Kerajaan sebleum ini mengumumkan bantuan makanan bernilai RM50.8 juta kepada mereka yang layak.

“Mungkin esok kita akan umumkan SOP baru dalam fasa kedua perintah kawalan pergerakan (PKP),” katanya.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker