Covid-19 : 150 kes baru dan 7 kematian.

Share


TERKINI #COVIDー19 di Malaysia, 29 Mac 2020.

Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital 68.

Paling tinggi setakat ini.

Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj 388.

Bilangan kes baru 152

Keseluruhan kes 2,470

Unit Rawatan Rapi 73 pesakit, termasuk 52 guna bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian bertambah sebanyak 7 kematian.

Ini menjadikan keseluruhan kematian setakat ini 34 orang.

Salam takziah dan moga keluarga pesakit tabah hadapi dugaan ini.

Berikut merupakan tujuh mangsa tersebut:

Pesakit 2321 (kematian ke-28)

Perempuan warga Malaysia berusia 91 tahun. Memiliki latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 26 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.48 pagi, 28 Mac.

Pesakit 2123 (kematian ke-29)

Perempuan warga Malaysia berusia 64 tahun. Memiliki latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja’far Negeri Sembilan pada 25 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 10.15 malam, 28 Mac.

Pesakit 2322 (kematian ke-30)

Lelaki warga Malaysia berusia 27 tahun. Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau dirawat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 27 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7.44 malam, 28 Mac.

Pesakit 1239 (kematian ke-32)

Lelaki warga Malaysia berusia 50 tahun. Memiliki latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan peserta himpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur.

Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7.44 malam, 28 Mac.

Pesakit 1249 (kematian ke-33)

Lelaki warga Malaysia berusia 37 tahun. Mempunyai sejarah perjalanan ke negara India.

Beliau dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac, dan disahkan meninggal pada pukul 11.25 malam, 28 Mac.

Pesakit 787 (kematian ke-34)

Lelaki warga Malaysia berusia 77 tahun. Memiliki latar belakang penyakit darah tinggi.

Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac, dan disahkan meninggal pada pukul 10.40 pagi, 29 Mac.

Noor Hisham menyampaikan ucapan takziah Kementerian Kesihatan kepada keluarga mangsa.

Beliau berkata kadar kematian meningkat kerana faktor usia pesakit yang sudah lanjut, mempunyai penyakit lain seperti kencing manis, dan datang mendapatkan rawatan ketika jangkitan sudah di peringkat akhir, iaitu dengan gejala melibatkan kesukaran bernafas dan jangkitan kuman.

(Visited 3 times, 2 visits today)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *