COVID-19: KKM jangka peningkatan kes mendadak pada pertengahan April

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan peningkatan mendadak kes positif pandemik COVID-19 pada pertengahan April ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagaimanapun langkah drastik telah diambil oleh pihak berkaitan termasuk melakukan semburan nyah kuman dan nyah jangkitan sebagai inisiatif untuk membendung penyebaran wabak tersebut.

“Kita lihat proses itu telah berjalan dan proses kedua adalah mengenal pasti iaitu accurate case detection, di mana kita akan mencari, menguji, dan mengasingkan mereka yang positif.

“Sementara, mereka yang tidak positif kita akan masukkan ke dalam ‘self-quarantine’ dalam tempoh 14 hari dan kita akan rawat mereka,” katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham memaklumkan kementerian kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengesan seramai 5,084 jemaah tabligh yang masih belum menjalani ujian saringan kesihatan berkaitan COVID-19.

“Setakat ini kita sudah melakukan saringan kepada 17,584 jemaah dan seramai 12,500 orang telah diambil sampel.

“Daripada jumlah tersebut, 1,207 orang disahkan positif, 6,648 (negatif), sementara 4,645 masih menunggu keputusan dan kami masih mengesan 5,084 yang belum melakukan ujian,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menambah usaha mengesan kesemua jemaah tersebut telah dilakukan termasuk mencari di setiap negeri.

Terdahulu dalam sidang media sama Noor Hisham memaklumkan seorang lagi lelaki warganegara Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat wabak COVID-19, pada pukul 10.50 pagi hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 27 kes.

Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker