1,000 gelandangan di KL dipindah ke 3 kem PLKN

Kira-kira 1,000 gelandangan di ibu kota akan ditempatkan di 3 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Hisham Ahmad Dahlan berkata, gelandangan itu akan ditempatkan di Kuala Kubu Bharu, Semenyih dan Sepang untuk mengekang penularan Covid-19.

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menguruskan proses penempatan mereka, termasuk memberi keperluan harian seperti makanan.

“Kami sedia maklum golongan ini tidak mempunyai tempat tinggal sepanjang PKP dilaksanakan, justeru DBKL mengambil usaha proaktif memastikan golongan ini tidak dipinggirkan.



ADVERTISING

Ads by Teads

“Penempatan mereka di kem-kem ini akan dibuat berdasarkan kategori seperti status tahap kesihatan dan warganegara,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hisham berkata, polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta beberapa agensi lain akan membantu membawa gelandangan ini ke kem itu.



“Tiada siapa terkecuali dalam tempoh pelaksanaan PKP. Kita tidak mahu mereka berada di luar kerana untuk mencegah wabak ini, kita perlu kerjasama semua pihak.”

PKP yang mula dikuatkuasakan 18 Mac lalu, dilanjutkan sehingga 14 Apr.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker