Covid-19 ragut nyawa mangsa ke-24

Share

Jumlah kematian akibat pandemik Covid-19 meningkat kepada 24 orang dengan terbaru, seorang warga negara Malaysia berusia 35 tahun menjadi mangsanya.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Pesakit 1,056 itu mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac.

“Beliau sebelum ini mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac dan mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020.

“Hasil ujian pengesahan Covid-19 didapati positif pada 20 Mac lalu. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac jam 9.30 malam tadi.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya.

Mkini

Leave a Reply