Covid-19 ragut nyawa mangsa ke-21
Seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikaitkan dengan kluster tabligh Sri Petaling menjadi mangsa ke-21 pandemik Covid-19 yang menular negara.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan lelaki tersebut sebagai kes 1,588. Mangsa mempunyai latar belakang penyakit kronik.
Lelaki itu diuji positif pada 22 Mac selepas bergejala dan dirawat di hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 23 Mac.
“Semasa rawatan, kesihatannya merosot dan meninggal dunia pada 26 Mac pada pukul 4 pagi. Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada keluarga,” kata Noor Hisham.
Sehingga tengah hari ini, Malaysia telah mencatatkan 1,796 kes jangkitan Covid dengan 21 kematian.
Mkini
You must be logged in to post a comment.