Covid-19: Empat kematian, 73 anggota KKM turut dijangkiti

Empat lagi kematian berhubung kes Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kematian sebanyak 19 orang, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau menambah bahawa jumlah kes Covid-19 setakat tengah hari tadi adalah 1,796 kes seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada jam 1 petang tadi.

K”es kematian ke-16 merupakan kes ke-1334, lelaki warganegara Malaysia berumur 75 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Kes kematian ke-17 merupakan kes ke-1251, lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun. Beliau juga mempunyai latar belakang penyakit kronik dan disyaki mempunyai sejarah kontak dengan kes positif Covid-19.

“Kes kematian ke-18 merupakan kes ke-1625, lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun. Beliau turut mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Kes kematian ke-19 merupakan kes ke-1246, perempuan warganegara Malaysia berumur 68 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Johor pada 19 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU dan kemudiannya disahkan meninggal dunia,” katanya.

Dr Noor Hisham turut mengumumkan sebanyak 172 kes baru dicatatkan.

Daripada jumlah kes baru itu, 71 telah dikesan berasal dari kluster kumpulan tabligh di Sri Petaling , Kuala Lumpur yang berhimpun lewat bulan lalu.

Dr Noor Hisham berkata sumber jangkitan bagi kes selebihnya iaitu sebanyak 101 masih disiasat.

Beliau turut mengumumkan 73 anggota KKM positif Covid-19. Sehubungan itu, katanya seramai 1,895 anggota kesihatan telah menjalani ujian saringan bagi mengesan Covid-19.

Daripada jumlah itu, 1,187 negatif manakala 708 masih menunggu keputusan.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker