1 lagi kematian berkait Covid-19 pagi ini

Seorang lagi warga Malaysia meninggal dunia hari ini dalam kes berkaitan Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian wabak koronavirus itu 17 orang setakat ini.

Mangsa berusia 66 tahun itu, kes jangkitan ke-1251 dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik, menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, keadaannya kritikal semasa tiba di jabatan kecemasan dan memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama. Dia disahkan positif Covid-19 pada 21 Mac.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari sehingga beliau disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 4.10 pagi,” katanya di Facebook.

Punca jangkitan Covid-19 masih dalam siasatan.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker