PKP: Mungkin sudah tiba masa guna pendekatan tegas, kata Noor Hisham

Share

Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa mengambil sikap tegas dalam menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham berkata, Kementerain kesihatan telah cuba menggunakan pendekatan lembut untuk menasihati orang ramai agar berada di rumah ketika perintah kawalan pergerakan, yang bertujuan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Kami cuba gunakan pendekatan lembut (carrot) dahulu. Saya sudah gunakan pendekatan ini untuk dua minggu ini, tapi mungkin sudah tiba masanya untuk kita menggunakan pendekatan tegas (to use stick),” katanya.

“Jadi pilihan di tangan orang awam,” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung pendekatan lembut yang digunakan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan, yang masuk hari ketujuh hari ini.

Terdahulu polis berkata mereka akan melaksanakan pendekatan nasihat agar orang ramai tidak keluar rumah, tetapi mungkin menggunakan pendekatan lebih tegas jika masih ramai yang tidak mematuhinya.

Mkini

Leave a Reply