Pasangan aktivis hak asasi dikritik rahsiakan identiti selepas dijangkiti Covid-19

Seorang pemimpin NGO mengkritik pasangan aktivis hak asasi yang didakwa merahsiakan identiti mereka selepas dijangkiti Covid-19.

Pemimpin yang enggan dinamakan itu berkata suami isteri itu disahkan positif selepas proses saringan dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 2 minggu lalu.

“Mereka ini pasangan suami isteri yang boleh dikatakan dikenali ramai tetapi mereka ingin merahsiakan apabila dijangkiti Covid-19.

“Ramai juga mereka jumpa di kalangan aktivis NGO terutamanya, kerana mereka terlibat dalam mengadakan mesyuarat-mesyuarat membantah pembentukan kerajaan Perikatan Nasional,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata, tindakan pasangan itu yang merahsiakan jangkitan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana ia menyukarkan usaha pihak berkuasa mengesan mereka yang pernah mempunyai kontak rapat dengan tokoh masyarakat itu.

“Persoalannya kenapa pasangan suami isteri akitivis ini merahsiakan nama mereka setelah didapati positif?

“Sangat tidak bertanggungjawab dan tidak telus. Mereka menunjukkan sikap buruk seolah-olah jika didapati penyakit ini adalah satu stigma, mohon sesiapa yang ada kontak terus ambil perhatian,” kata aktivis itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan I, Dr Noor Azmi Ghazali menyifatkan mana-mana pihak termasuk tokoh masyarakat atau VIP yang bertindak menyembunyikan identiti selepas dijangkiti Covid-19 sebagai tidak bertanggungjawab kerana ia menyukarkan usaha membendung penularan wabak.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker