Kerajaan patut bayar 80% gaji pekerja – Shamsuddin Bardan

Tak adil bayar gaji penuh ketika kawalan, kata majikan

Persekutan Majikan-majikan Malaysia membidas arahan bawah perintah kawalan pergerakan yang menetapkan bayaran penuh bagi pekerja dalam perkhidmatan bukan asas, mengatakan ia tidak adil pada majikan.

Pengarah Eksekutif Shamsuddin Bardan berkata arahan itu, ditambah pula dengan iklim ekonomi semasa, boleh menyebabkan perniagaan hancur.

Beliau berkata kawalan itu, yang berkuatkuasa pada 18 Mac, menyebabkan tiada perniagaan bagi peruncit tetapi majikan masih perlu menanggung kos operasi seperti sewa dan bayaran kepada pembekal.



Menurut arahan itu, katanya, majikan perlu bayar pekerja secara penuh selain menyumbang kepada KWSP dan Perkeso, serta menanggung pinjaman bank.

“Ia dasar yang tidak realistik dan boleh menyaksikan lebih banyak orang diberhentikan kerja pada kadar lebih cepat,” katanya kepada FMT.

Beliau tertanya adakah kementerian pertimbangkan dari mana majikan boleh dapatkan hasil sepanjang kawalan itu.

Kementerian Sumber Manusia berkata majikan perlu bayar pekerja secara penuh, termasuk pekerja yang dibayar secara harian.



Katanya pekerja boleh mengadu kepada Jabatan Buruh jika majikan enggan membayar mereka.

Shamsuddin berkata perkara itu bertentangan dengan Program Pengekalan Pekerjaan yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semasa beliau memperkenalkan perintah kawalan pekerjaan bagi mengekang penularan Covid-19.

Menurut program itu, bantuan kewangan bulanan sebanyak RM600 diberikan antara 1 dan 6 bulan bagi mereka yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah yang diminta diminta bercuti tanpa gaji mulai 1 Mac.

Memandangkan Kementerian Sumber Manusia berkata pekerja mesti dibayar penuh, Shamsuddin berkata nampak seperti “tangan kanan tak tahu apa yang dibuat tangan kiri”.



Beliau memberi amaran ketiadaan penyelarasan boleh memberi mesej yang salah, mengelirukan majikan, pekerja, kesatuan sekerja, dan penjawat awam.

“Nampaknya pekerja, kesatuan, dan kerajaan tak berminat untuk mengekalkan pekerjaan dalam masa mencabar ini,” katanya.

“Mungkin mereka lebih suka syarikat jatuh dan semua orang hilang kerja.”

Shamsuddin menarik perhatian kepada Akta Pekerjaan, menyatakan gaji dibayar untuk kerja yang dilakukan.



“Jadi bagaimana boleh kerajaan dan kesatuan mahu majikan bayar gaji semasa kawalan sedangkan tiada kerja dilakukan?”

Beliau mencadangkan Putrajaya mengikut contoh United Kingdom di mana kerajaan membayar 80% daripada gaji pekerja.

Beliau juga berkata kerajaan harus membantu rakyat dan majikan dengan menggunakan rizab negara bagi merangsang ekonomi.

Beliau mencadangkan Kementerian Sumber Manusia berbincang dengan Kementerian Kewangan bagaimana mengalakkan majikan terus berniaga dan dalam masa sama mengekalkan pekerjaan.



“Kami ada mencadangkan beberapa cara untuk menguruskan aliran tunai majikan kepada Kementerian Kewangan.

“Diharapkan mereka akan kaji banyak dasar sedia ada bagi mencipta persekitaran yang lebih mesra perniagaan bagi memastikan kelangsungan komuniti perniagaan dan mengekalkan pekerjaan,” katanya ketika ditanya tentang situasi menang-menang.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker