Jangan salahkan jemaah tabligh – Dr Noor Hishan

Share

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meminta masyarakat tidak menyalahkan jemaah tabligh berikutan peningkatan kes positif dan kematian akibat Covid-19 yang terjadi ketika ini.

Katanya, daripada 106 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 43 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling manakala 63 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian.

“Untuk makluman kepada umum, janganlah kita persalahkan jemaah tabligh. Janganlah kita diskriminasikan jemaah tabligh. Janganlah kita stigmakan jemaah tabligh.

“Apa yang penting adalah kita bantu mengesan dan merawat jangkitan Covid-19 di kalangan jemaah tabligh, keluarga dan kontak mereka,” katanya, ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Jumlah mangsa korban Covid-19 turut bertambah satu kes dan kematian akibat wabak itu di negara ini menjadi 15 kes.

HM

Leave a Reply