COVID-19: 74,530 pelajar terima bantuan makanan

Kerajaan akan menanggung sepenuhnya bantuan makanan untuk 74,530 pelajar yang tidak pulang ke kampung dan kini menginap di kolej kediaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bukan hanya membabitkan pelajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA), malah swasta serta Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Komuniti serta Kolej Matrikulasi.

Katanya, bantuan yang diagihkan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM12 juta dengan cara agihan akan ditentukan oleh pihak IPT dan kolej masing-masing.

“Kita menyerahkan kepada pihak universiti dari segi agihan dan terserah pada universiti sama ada dia (pelajar) boleh beli guna kupon atau beli di gerai dan kafe, terserah kepada IPT.



“Kerajaan akan menanggung sepenuhnya makanan mereka ,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, bantuan itu akan diberikan selama 11 hari sehingga tempoh PKP berakhir 31 Mac ini.

BH



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker