Jakim tubuh pasukan khas urus jenazah mangsa Covid-19

J

abatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan pasukan khas bagi menguruskan jenazah mangsa wabak Covid-19.

Timbalan Ketua Pengarah Dasar, Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, penubuhan itu dibuat sebagai persiapan susulan peningkatan jumlah kematian.

“Pasukan yang ditubuhkan sejak wabak ini melanda negara telah diberi taklimat dan penerangan mengenai kaedah pengurusan jenazah secara khas berpandukan pandangan hukum yang diputuskan oleh Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 15 Mac 2020.

“Muzakarah itu bersetuju supaya pengurusan jenazah mangsa Covid-19 mengguna pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-107, bertarikh 10 hingga 11 Februari 2015 mengenai hukum pengurusan jenazah orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti virus Ebola (Ebola Virus Diseases: EVD) di Malaysia.

“Pandangan ini telah mendapat perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan.

Hakimah berkata, seramai 18 orang petugas khas pengurusan jenazah diarah bersiap sedia terdiri daripada pegawai dari Jakim, masjid utama di bawa jabatan itu dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Mereka terdiri daripada 12 lelaki dan 5 perempuan,”katanya.

Setakat hari ini, 9 kematian dicatatkan akibat Covid-19 di Malaysia.

FMT

https://mykmu.net/2018/05/10/majoriti-umat-islam-bangga-dan-gembira-meraikan-kejayaan-membantu-musnahkan-islam/

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker