KKM sahkan kematian ke-4 Covid-19, 153 kes baru

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kematian ke-4 bagi kes Covid-19 dengan 153 kes baru, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian ke-4 melibatkan kes ke-238 yang merupakan lelaki berumur 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

Semalam, Sabah mencatatkan kematian pertama akibat Covid-19 selepas kematian lelaki berumur 58 tahun di Tawau yang merupakan salah seorang jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur.

Pada Selasa, seorang lelaki berusia 34 tahun yang turut menghadiri himpunan itu meninggal dunia di Johor Bahru.

Mengenai 153 kes baru Covid-19, Noor Hisham berkata ia menjadikan jumlah positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,183 kes, di mana 90 kes adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh.

“Sehingga kini, seramai 37 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 23 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker