KKM jangka lebih banyak kes Covid-19 minggu ini, depan

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memberitahu pihaknya menjangkan peningkatan kes wabak Covid-19 pada minggu ini dan minggu depan.

Noor Hisham berkata, cabaran utama pada masa ini adalah untuk mendapatkan ventilator walaupun pembiayaan alat berkenaan bukanlah satu masalah.

“Di Kementerian Kesihatan, kita ada 925 ventilator. Kita sudah mengkhaskansebanyak 3,400 katil dan 300 katil di unit rawatan rapi di 26 buah hospital.

“Kita perlukan lebih 500 ventilator lagi,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Noor Hisham berkata, kementerian juga sudah menempatkan mengkhaskan 26 daripada 145 hospital kerajaan untuk tujuan merawat kes Covid-19.

Menurutnya, lebih banyak kes dijangka melibatkan individu yang menghadiri himpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling kerana 60% kes ketika ini adalah melibatkan kluster berkenaan.

“Ada segelintir mereka sudah pulang ke negeri masing-masing. Hari ni, ada kes dari Perlis hingga ke Sabah. Disebabkan itu penting untuk jemaah yang terlibat menjalani pemeriksaan Covid-19.

“Jika mereka didapati positif dan masih berada dalam komuniti, mereka akan menjangkiti orang lain jika pergi ke surau atas masjid. Itu yang kita khuatir.

“Apabila berada di surau atau masjid, kita tidak tahu siapakah yang berada di sebelah kita,” katanya.

Noor Hisham berkata, pihak kementerian masih lagi menyiasat punca wabak Covid-19 membabitkan mereka yang menghadiri himpunan di Masjid Sri Petaling.

“Jika kita dapati ada kes melibatkan jemaah tabligh, kita akan umumkan,” katanya.

Beliau memberitahu, identiti pesakit Covid-19 adalah dirahsiakan dan maklumat perubatannya dilindungi di bawah Akta Perubatan 1971.

“Adalah menjadi hak pesakit sekiranya mereka mahu mendedahkan diri, tetapi menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi kerahsiaan mereka,” katanya.

Jelasnya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang mendedahkan identiti atau rekod perubatan pesakit tanpa kebenaran mereka.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba yang mendakwa meminum air suam dapat mencegah Covid-19, Noo Hisham berkata, amalan kementerian, sama ada melibatkan rawatan dan pengurusan, adalah berdasarkan maklumat sains dan data.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker