Penahanan Chegu Bard tiada kena mengena dengan penganjuran perhimpunan – Bukit Aman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan penahanan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard pada Khamis bukan disebabkan perhimpunan yang akan diadakan pada 16 September ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebaliknya penahanan Chegu Bard adalah berdasarkan waran tangkap yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 13 September lalu.

“Pada 14 September 2023, jam 8.00 malam pihak Polis Diraja Malaysia telah berjaya membuat tangkapan terhadapan Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.



“Tangkapan dibuat setelah mendapat waran tangkap ke atas Chegu Bard pada 13 September 2023 dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur ekoran daripada keengganan beliau memberi kerjasama kepada pihak polis setelah arahan penyiasatan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah dikeluarkan ke atas dirinya pada 9 Julai 2023,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Tegas Shuhaily, tangkapan terhadap Chegu Bard tiada kaitan dengan Himpunan Selamatkan Malaysia yang diadakan pada 16 September depan.

“PDRM ingin menegaskan bahawa tangkapan terhadap Chegu Bard tidak ada kena mengena dengan perhimpunan yang bakal diadakan sekumpulan individu pada 16 September 2023 ini.

“PDRM mengesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta mengugat keharmonian negara.



“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, jelas Shuhaily, Chegu Bard disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia susulan kenyataannya terhadap isu rundingan konflik sempadan Malaysia-Indonesia dan mendakwa Perdana Menteri telah menyerahkan Ambalat kepada Indonesia.

“Pada 21 Jun 2023, pihak Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan ke atas Chegu Bard disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



“Selain daripada itu, PDRM juga mempunyai lima kertas siasatan yang memerlukan kehadiran Chegu Bard untuk membantu siasatan. Kesemua kes ini juga beliau enggan memberi kerjasama,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali



Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker