Pakar: Berpusu tinggalkan Lembah Klang sukarkan pembendungan Covid-19

Ramai penduduk mula berpusu-pusu meninggalkan Lembah Klang sebelum perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa menjelang tengah malam ini.

Pada jam 10.20 malam, aplikasi trafik Google Maps dan Waze menunjukkan trafik luar biasa dari Lembah Klang menuju Lebuhraya Utara-Selatan pada kedua-dua arah utara dan selatan.

Perkara yang sama diperhatikan di sepanjang Lebuhraya Karak, dengan pemandu kebanyakannya memandu menuju ke arah Barat.

Wartawan Malaysiakini meninjau orang ramai yang beratur panjang di balai polis di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan di mana mereka mendapatkan kebenaran untuk keluar dari sempadan negeri.

Saksi di lokasi juga memberitahu Malaysiakini bahawa stesen Terminal Bas Selatan penuh dengan orang ramai yang mahu meninggalkan Lembah Klang.

Orang ramai yang berada di stesen bas dan balai polis berkenaan juga dilihat tidak menjarakkan diri antara satu sama lain sebagai langkah mengelakkan jangkitan.

Pakar penyakit berjangkit Dr Christopher Lee memberi amaran bahawa aktiviti itu mungkin menyukarkan usaha menghentikan penyebaran virus Covid-19.

Bekas ketua di unit penyakit berjangkit Kementerian Kesihatan itu memberi amaran terdapat kemungkinan individu yang membawa virus itu di kalangan mereka yang cuba meninggalkan Lembah Klang dan berpotensi menyebarkan penyakit itu ke seluruh negara.

“Mungkin kita sepatutnya memahamkan orang awam berminggu lebih awal tentang apa langkah-langkah mitigasi yang berpotensi.

“Mereka perlu memahami rasional sekatan pergerakan. Ini akan menjadi cara yang tidak produktif jika mereka tidak faham, “katanya.

Christopher Lee
@chriskc_Lee
What apparently happened in TBS today is exactly what we didnt want to happen. Mass gatherings at bus terminals & then folks going all over the country from the active COVID-19 area in the country. Are we not potentially spreading it nationwide? Maybe I’m missing something?

View image on Twitter
2,393
7:20 PM – Mar 17, 2020
Twitter Ads info and privacy
3,355 people are talking about this
Begitu juga, doktor pakar, Helmy Haja Mydin, menyatakan bahawa “penghijrahan” beramai-ramai itu akan membawa kepada kesan kenaikan jangkitan Covid-19.

Beribu-ribu orang tidak perlu bekerja esok berikutan perintah kawalan pergerakan yang mewajibkan kebanyakan perniagaan ditutup sehingga 31 Mac.

Perintah itu bagi menghalang orang daripada berkumpul di tempat awam dan memastikan mereka duduk di rumah untuk melambatkan penyebaran Covid-19 , yang kini telah meragut dua nyawa setakat ini dan menjangkiti lebih 600 yang lain.

Bagaimanapun, kerajaan tidak mewajibkan orang ramai berada di rumah sepanjang tempoh perintah itu berkuat kuasa.

Mkini

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker