Mahathir dan Muhyiddin masing-masing pertahankan jawatan dalam PPBM.

Dr M mahu pertahan jawatan pengerusi Bersatu

Dr Mahathir Mohamad akan mempertahankan jawatan sebagai pengerusi Bersatu.

Bekas perdana menteri itu menghantar borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan tertinggi parti itu melalui Ketua Bahagian Bersatu Selayang, Zulkifli Mohamad di ibu pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini.

Borang itu diserahkan pada kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.

Sementara itu, Muhyiddin Yassin hari ini menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan jawatan presiden melalui setiausaha politiknya.

Perkembangan ini dilihat akan mengakhiri desas-desus yang menyatakan Muhyiddin mungkin bertanding bagi jawatan yang disandang Mahathir.

Pergeseran dua pemimpin Bersatu itu ekoran ‘Langkah Sheraton’ bulan lalu, yang menyaksikan Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, sementara Muhyiddin mengumumkan Bersatu keluar Pakatan Harapan (PH).

Muhyiddin seterusnya diangkat sebagai perdana menteri kelapan menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Bersatu BN, PAS dan GPS.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker