Lockdown dan pembelian panik

Share

oleh Ab Jalil Backer

Kerajaan MUNGKIN mengumumkan lockdown atau sekatan pergerakan seluruh negara pada malam ini atau esok selama 14 hari.

Namun rakyat tidak sepatutnya melakukan pembelian panik seolah-olah dunia akan kiamat.

Lockdown bukanlah bermakna kita tidak boleh keluar rumah atau perlu mencatu makanan.

Lockdown selalunya membabitkan penutupan tempat-tempat tumpuan awam, sekolah, pawagam, dan lain-lain tempat yang mengumpul ramai orang seperti rumah ibadat, pusat hiburan dan stadium.

Ia juga mungkin melibatkan sekatan perjalanan antara kawasan atau negeri tertentu sekiranya ada sesuatu kawasan mencatatkan peratusan mangsa yang terlalu tinggi.

Pejabat-pejabat kerajaan selalunya masih beroperasi namun perjumpaan awam akan dihadkan.

Bergantung kepada butiran sekatan, di negara-negara yang terjejas lebih dahsyat seperti Italy, perniagaan barangan keperluan dan restoran masih beroperasi.

Anda masih boleh keluar membeli barangan keperluan. Kedai-kedai menjual barang keperluan harian tetap akan dibuka.

Malah di Lembah Klang, jika takut sangat hendak keluar buat sahaja pembelian melalui Tesco Online.

Jadi jangan berebut-rebut ke pasaraya membeli barangan keperluan untuk berbulan-bulan. Ini hanya akan menyusahkan orang lain bila berlaku kekurangan stok sedangkan ia bukan keperluan semasa anda.

Bertimbang rasa sama ketika susah.

(Visited 18 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!