Mesyuarat tergempar 20 kelab EPL untuk batalkan kempen musim ini

Gelombang kedua serangan Covid-19 di serata dunia termasuk di United Kingdom mengheret Pengurusan Tertinggi Liga Perdana Inggeris dalam tekanan untuk membatalkan baki musim ini.

Tekanan ini juga dipengaruhi faktor penggantungan baki perlawanan EPL sehingga 3 April ini akibat Pandemik Covid-19 yang mula menghantui sukan bola sepak di England.

Satu mesyuarat tergempar melibatkan 20 kelab berkepentingan dalam EPL akan diadakan minggu hadapan bagi mengambil keputusan muktamad ekoran bencana Covid-19.

Sekurang-kurangnya lebih dua kelab EPL mendesak supaya mengisytiharkan baki musim EPL ini sebagai terbatal.



Andai kata baki kempen EPL ini dibatalkan terus, maka impian Liverpool akan ranap kerana terpaksa diisytiharkan sebagai juara tanpa istiadat rasmi penyerahan piala serta tanpa sambutan dibanjiri puluhan ribu penyokong atau perarakan meraikan kejuaraan di awam ekoran larangan himpunan awam.

Ia sekaligus akan membawa satu tragedi besar yang akan meranapkan impian Liverpool untuk menjulang dan meraikan gelaran itu dengan istiadat untuk pemenang seperti musim-musim lalu di stadium bersama penyokongnya kali ini selepas badi 30 musim tanpanya sejak 1990.

Bagaimanapun Pengurus EPL bercadang menyambung semula baki perlawanan untuk menamatkan musim ini setelah Covid-19 menunjukkan penyelesaian.

Namun beberapa kelab EPL hilang harapan dan menyatakan tiada peluang untuk aksi EPL diteruskan semula berdasarkan situasi terkini gelombang kedua Covid-19 yang semakin agresif dan luas sebaliknya mahu membatalkan terus kempen kali ini dan dimulakan dari musim baharu Ogos ini.



Naib Pengerusi West Ham United, Karren Brady antara individu yang mahu kempen musim ini yang ditangguhkan sementara kali ini diisytiharkan sebagai terbatal dan tidak sah ekoran Pandemik Covid-19.

Keputusan positif Covid-19 terhadap Pengurus Arsenal Mikel Arteta dan bintang sayap Chelsea Callum Hudson-Odoi memaksa EPL, FA dan EFL akan bersidang secara tergempar Khamis minggu depan.-MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker