Hannah Yeoh, Marina hina lantikan Pas ke Kementerian Wanita.

Share

Hannah Yeoh, Marina bidas lantikan baru kementerian wanita.

Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM) Hannah Yeoh membidas lantikan baru untuk memimpin kementerian tersebut.

Dalam satu hantaran di Twitter, beliau berkata, bagaimanakah negara boleh membendung gejala perkahwinan bawah umur jika timbalan menterinya datang daripada parti Islam, PAS.

Petang tadi, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumunkan pembentukan 26 kementerian termasuk 4 menteri kanan yang akan membantunya menyelaras hal ehwal Kabinet, menggantikan peranan timbalan perdana menteri.

Senarai Kabinet kali ini menyaksikan menteri pembangunan luar bandar dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, Rina Harun dilantik sebagai menteri di Kementerian Wanita dan Keluarga bagi menggantikan KPWKM, sementara timbalan beliau adalah Siti Zailah Mohd Yusoff yang merupakan ahli Parlimen wanita kanan dari Rantau Panjang mewakili PAS.

Isu perkahwinan bawah umur hangat dibincangkan sejak Jun 2018, apabila seorang lelaki di Kelantan berusia 41 tahun mengahwini seorang budak perempuan berusia 11 tahun.

Di sebalik perdebatan itu, rata-rata pemimpin PAS tidak bersetuju dengan gesaan untuk menaikkan had umur minimum berkahwin kepada 18 tahun yang semakin mendapat sokongan susulan beberapa kes kanak-kanak dan remaja perempuan dikahwinkan dengan lelaki yang usianya 2 atau 3 kali ganda lebih tua daripada mereka.

Dalam perkembangan sama, aktivis masyarakat Marina Mahathir turut membidas lantikan Rina dan Siti Zailah.

“Kita boleh melupakan kemungkinan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh wanita,” katanya di Twitter.

FMT

Leave a Reply