Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Azam mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694).

“Pelantikan Azam adalah susulan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan permohonan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Beebi Koya untuk memendekkan kontrak perkhidmatan beliau berkuat kuasa hari ini, selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Latheefa atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” kata Pejabat Perdana menteri dalam kenyataan hari ini.



Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun tahun lalu.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang turut memohon memendekkan tempoh kontrak perkhidmatannya.

BH



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker