10 Sebab Kenapa Pengerusi SPR Wajar Undur Secara Terhormat - Dr Asyraf · MYKMU.NET

10 Sebab Kenapa Pengerusi SPR Wajar Undur Secara Terhormat – Dr Asyraf

Share

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun agar mengikut jejak Tommy Thomas dan Latheefa Koya yang telahpun meletakkan jawatan masing-masing sebagai Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM secara sukarela setelah runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kata ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, umum telah menyaksikan pelantikan Datuk Azhar sebagai Pengerusi SPR lebih mirip kepada perlantikan politik, bahkan tidak memenuhi Janji No.17 Manifesto PH yang memerlukan perlantikan ahli SPR melalui proses perakuan oleh Parlimen, selain membebaskan sepenuhnya SPR daripada campur tangan Perdana Menteri dan ahli politik dengan meletakkannya di bawah pemantauan Parlimen.

“Lebih dikesali sikap pilih kasih beliau dalam menangani begitu banyak kes-kes aduan salah laku pilihanraya sepanjang siri-siri Pilihan Raya Kecil (PRK) mahupun peraturan-peraturan baharu yang diperkenalkan, yang menyaksikan sikap bias dalam perhitungan badan yang harus bebas daripada unsur kepartian,” katanya dalam kenyataan menerusi facebook beliau.

Tegasnya, banyak jika ingin disenaraikan pelbagai tindak tanduk SPR di bawah Datuk Azhar Harun yang dilihat memihak dan bias.

“Justeru Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan keperluan Datuk Azhar Harun meletakkan jawatan secara terhormat bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR sebagai badan yang mesti dilihat bebas daripada cengkaman mahupun pengaruh parti politik.”

Berikut antara 10 perkara utama yang menampakkan sikap memihak beliau termasuklah:

1. Syarat baharu secara tiba-tiba diperkenalkan SPR yang mewajibkan jentera parti dan calon mendapatkan permit polis untuk berkempen rumah ke rumah, hanya 3 hari sebelum hari pengundian di PRK Tanjung Piai.

2. Kegagalan SPR menghalang kehadiran calon DAP yang bebas berada di pusat-pusat mengundi dengan memakai pakaian berlogo parti waktu PRK Parlimen Cameron Highlands yang jelas menyalahi peraturan dan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

3. Kegagalan SPR mengambil tindakan terhadap beberapa aduan rasuah pemberian hamper-hamper kepada pengundi dalam PRK Parlimen Cameron Highlands.

4. Pemberian simcard percuma kepada pengundi oleh calon PH Haji Karmain dalam PRK Parlimen Tanjung Piai yang jelas menyalahi Seksyen 10(a)Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

5. Pengagihan minyak sawit kepada pengundi ketika berkempen di PRK Parlimen Tanjung Piai oleh Menteri Industri Utama Teresa Kok yang jelas menyalahi Seksyen 10(a)Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

6. Pengumuman peruntukan sebanyak RM3 juta membina dewan di Kukup oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada waktu itu Zuraida Kamaruddin yang menyalahi Seksyen 10(a)Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

7. Pemberian Geran MPPK berjumlah RM230,000 dan peruntukan RM126,776 bagi Lampu Jalan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun ketika PRK Parlimen Tanjung Piai yang menyalahi Seksyen 10(a)Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

8. Pengumuman peruntukan RM4 juta untuk naik taraf kemudahan sukan dan rekreasi Tanjung Piai oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddi yang menyalahi Seksyen 10(a)Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

9. Pengumuman peruntukan RM3 juta untuk tambah baik 3 jeti di Tangjung Piai, RM2 juta bagi bantuan Nelayan dan sumbangan RM5,000 untuk SJKC Pei Chio Kukup Laut oleh Menteri Pertanian YB Salahuddin Ayub. (Seksyen 10(a)Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

10. Ceramah Hasutan dan rasis perkauman Setiausaha Agong DAP merangkap Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Pertanian waktu itu Salahuddin Ayub yang jelas bertentangan dengan Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. – UMNO ONLINE

Leave a Reply