Kerajaan PH hampir berjaya laksana pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN, kata Guan Eng

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah bersetuju untuk melaksanakan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun tumbang sebelum pengumuman rasmi dibuat.

Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan PH bersetuju untuk melaksanakan janji dalam manifesto pilihan raya umum untuk membenarkan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka hanya selepas gaji bulanan mereka melebihi RM4,000.

“Formula PTPTN dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan itu memerlukan kerajaan menanggung pinjaman tambahan di atas pinjaman sedia ada yang ditanggung oleh kerajaan untuk membiayai pinjaman PTPTN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, janji untuk membenarkan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman hanya selepas mereka mendapat gaji lebih RM4,000 sebulan tetap akan ditunaikan, meskipun kerajaan perlu menanggung pinjaman tambahan.

FMT

Related Articles

One Comment

  1. Bila dah tumbang bolehlah sambung cerita bodoh dan bohong. Sikit lagi kata Projek Kereta Terbang sudah isi minyak tunggu nak stat enjin je.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker