Orang kuat Mahathir terajui Media Prima

Wartawan veteran yang selama ini dilihat dekat dengan Dr Mahathir Mohamad, Firdaus Abdullah, dilantik sebagai pengarah urusan rangkaian televisyen Media Prima.

Menurut sumber Firdaus memulakan tugasnya semalam untuk menggantikan penyandang, Manja Ismail, yang dipindahkan ke anak syarikat Media Prima Bhd, Primeworks Studio.

“Pelantikan ini tidak ada kaitan dengan politik dan ia sudah diputuskan beberapa minggu lalu sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula Media Prima,” kata sumber itu.

Selain pernah berkhidmat dengan akhbar New Straits Times (NST), Firdaus juga dikenali sebagai penulis blog Apanama.

Media Prima menguasai stesen televisyen TV3, TV9, 8TV dan ntv7.

Syarikat itu melakukan penstrukturan semula sejak Nov tahun lalu.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker