Kerajaan Minoriti Muhyiddin, UMNO Di Luar Kabinet · MYKMU.NET

Kerajaan Minoriti Muhyiddin, UMNO Di Luar Kabinet

Share

oleh Ab Jalil Backer

1. Berdasarkan ucapan pertama Perdana Menteri kepada rakyat, saya telah menjangkakan akan ada satu krisis pemilihan anggota kabinet.

2. Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap seolah-olah parti beliau menang besar dalam PRU. Realitinya kerajaan baharu ini dibentuk atas sokongan dan kerjasama beberapa parti lain termasuk Barisan Nasional.

3. Justeru apabila mahu mengadakan susunan kabinet, potfolio kementerian kanan dan polisi, ia tidak boleh lagi mengikut citarasa Perdana Menteri seperti biasa.

4. Perdana Menteri ini berdiri atas dokongan parti-parti pembangkang yang bersetuju memberi peluang kepada beliau menstabilkan negara. Maka keanggotaan kabinet harus mengikut kekuatan setiap parti yang menyokong beliau.

5. Jika Perdana Menteri mahu memilih kabinet dan Timbalan Perdana Menteri mengikut citarasa beliau maka UMNO boleh mengasingkan diri dari Kabinet.

6. Malah dalam kerjasama Perikatan Nasional ini BN merupakan parti kerusi terbesar sebanyak 42 Ahli Parlimen.

7. Perlu diingat UMNO menyertai Perikatan ini atas dasar menghormati permintaan YDP Agong supaya ditubuhkan kerajaan bersama.

8. Justeru jika dianggap parti kelas kedua, maka UMNO boleh sahaja menyokong kerajaan ini tetapi tidak berada dalam kabinet.

9. Ini bermakna UMNO hanya menyokong kedudukan Muhyiddin sehingga tamat penggal ini, atau sehingga mana kepimpinan beliau tidak lagi boleh disokong.

10. Dengan cara ini kira membenarkan kewujudan kerajaan minoriti dan menyelamatkan UMNO dari terpalit dengan segala keputusan kerajaan pada masa akan datang.

Leave a Reply