EU naikkan penilaian risiko COVID-19, kematian cecah 38
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, hari ini berkata, agensi pencegahan penyakit Kesatuan Eropah (EU) telah menaikkan penilaian risiko COVID-19 dalam blok itu ke tahap yang tinggi, ketika wabak itu menular ke kebanyakan negara EU.
“ECDC (Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah) telah mengumumkan hari ini bahawa tahap risiko telah meningkat dari tahap sederhana ke tinggi untuk EU. Dengan kata lain, virus terus menular,” katanya pada sidang akhbar di Brussels .
Pesuruhjaya Kesihatan, Stella Kyriakides, berkata 2,100 kes COVID-19 telah disahkan di 18 daripada 27 negara EU, dan 38 warga EU telah meninggal dunia akibat penyakit itu.
BH
You must be logged in to post a comment.