Kembalikan GST pada kadar 3%

Pemimpin Umno cadang GST dikembalikan, kadar lebih rendah 3%

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Armand Azha Abu Hanifah mencadangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan pada pentadbiran Dr Mahathir Mohamad dikembalikan.

Beliau bagaimanapun mencadangkan kadarnya ditetapkan sebanyak tiga peratus, lebih rendah berbanding enam peratus yang dilaksanakan di zaman Najib Razak.

Perkara itu, kata Armand, akan disampaikan secara peribadi kepada kepimpinan Umno – yang kembali ke tampuk pemeritahan negara setelah menumbangkan Pakatan Harapan melalui penjajaran semula politik negara. Mkini

Related Articles

One Comment

  1. Satu cadangan yang baik memandangkan keadaan ekonomi yang lembab masa ini. GST boleh menjadi sumber kewangan bagi kerajaan membiayai urusan harian negara dan merupakan sumbangan bersama seluruh rakyat untuk kesejahteraan negara. GST ini patut menggantikan SST yang terdedah kepada manipulasi dan penipuan syarikat2 dan pengeluar. 3%itu amat munasabah dan tak membebankan rakyat dengan syarat pemantauan dan penguatkuasaan di semua peringkat diketatkan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker